LangKaH KehiduPaN MenDepanI CaBaRaN

Lakukan apa yang terbaik dalam hidupmu agar kamu perolehi yang terbaik daripadanya ( Allah)...sesungguhnya apa yang baik akan dibalas baik juga akhirnya............................
.........................

Sunday, October 31, 2010

HUKUM MENYAMBUT PERAYAAN HALLOWEEN



Disebalik sambutan Hari Halloween......

Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sbg All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram.


Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19. Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.

Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.

Hujjah dan Dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”(Al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.(Al-Hajj ayat 67)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.
Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.
Akhir kata
“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.”(Al-Ghafir ayat 39)

PERKONGSIAN BERSAMA....


Friday, October 29, 2010


Khas untuk semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan yang hanya tingal beberapa hari lagi,,,Semoga memperolehi Kejayaan yang gemilang ,,bukan hanya di peperiksaan ini,,juga didunia dan akhirat,,,,,,,,,,,,

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1.    Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

2.    Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

3.    Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”



4.    Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

5.    Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

PERKONGSIAN BERSAMA

Thursday, October 28, 2010

Rahsia Wudhu'

"Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini.

Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’.

Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan).

Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…

PERKONGSIAN BERSAMA.............


20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mohd fadil

BLOG CINA ISLAM

Wednesday, October 27, 2010

10 PERINGATAN BUMI.............

berkata Anas Bin Malik r.a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.


. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.



Perkongsian bersama , Muhasabah Bersama..........Peringatan Bersama........


Blog Cina Islam........








Tuesday, October 26, 2010

FOR EXAM COMING ,...........................

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA....................

 Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita h ila ng bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  
  Nanti     kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !! 

Wasalam


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."
  (Surah Al-Ahzab:71)

PERKONGSIAN BERSAMA..
SEMOGA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN YANG BAKAL TIBA NANTI SERTA KEHIDUPAN DIDUNIA DAN AKHIRAT......................

Sunday, October 24, 2010

The Arrival, freemanson and illuminati 2

Kita masih berbicara mengenai tajuk yg baru ak post td...amat dikesali kerana apa yang ak nk sampaikn lagi kt cni sekali lagi x da kena mengena dgn apa tajuk diatas...adoi..bila lg nk kena mengena??? Nnt ada ..tunggu la..sekarang dalam mood senyap (bahasa hanset : silent mood)..
Cma sikit ak nk bgtau tentang tajuk diatas..penceramah semalam ada berkata yg dajjal n telah wujud lamannya,,,cuba korang perhatikan benda-benda ajaib didunia (pyramid, taman tergantung Babylon),,,,bagaiaman amat luar biasanya struktur binaanya,,,,,,pndanagn sya,,manusia amat mustahil membina itu semua,,,ustaz penceramah semalam mengatakan semua benda ajaib yang tercipta adalah ilham dan dorong seseorang arkitek yang mana matlamatnya lebih kurang sama hasil daripada pembinaan benda ajaib didunia itu,,,,,,( menanti  penyelamat dunia yg bakal tiba..pada pemikiran mereka).....
Untuk menggambarkan lagi bagaiaman kedatangan dajjal ,,,korang boleh search kt youtube..
“ valhama rising” ..video ini memaparkan bagaimana jalan ceriat gambaran kedatangan dajjal ...mata sepet sebelah........gambaran dajjal....
Masih mencari lagi apa ....masih berperang dgn diri sendiri lg....masih belum hilang,,,(mula nak buka balik kamus mencarut)..ish2,,jgn2 x baik>>Sabar je la ,,siapalah diri ak n......nk dibandingkan dgn........ ak n apa ada ,...ijazah pn x da lg...dia 2 dah ada semua 2,,,dh maju satu peringkat lagi..bak kata pepatah melayu ( saya masih budak ,, baru belajar,,,,klu salah , tolong tujukkan ( cara yg betul...tp..pagi td 2 cara betui ke??? I musykil la..).......
Nak kata cm sampah pn blh kot..tp mmg x logik...mla2 sesuatu barang dilayan dengan baik,,last ....ke tong jua .............ish2 jahat tol ak n.................
Berapa kerat sangat la ilmu kt kepala otak ak n,,,,meminjam kata2 seorang lecture BM ,,hang pa msti kenai punya ( kamu n,,,jangan kata yg belajar yg sem lepas, minggu lepas, semalam,,,yg belajar sejam lepas pn blum tentu ingat).....itulah GAMBARAN  betapa kurangnya ilmu............
Berbalik kepada perkara yang berbangkit,,( bukan kuih bangkit)..ak hanya sekadar menjadi wakil kepada insan 2.....ak hnya tulis apa yg ada kt kepala otak dia.....tulis je la....korang pandai2 la nilai,,,,
Ak x mnt pn nk ulas,,,,,apa orng cakap ( wat sakit ati jer)...................klu sampai tahap 2( first time in my history serta hari ini dalam sejarah,,,,,,,,ho3,,mood epy ckit.......ah ..lantak la,,,,
Nak marah x kesah ,tp ada adab kot....x nak bagi cakap x nk bagi...
Tidak Hamba Ternanti-Nanti,,Bila Dibagi Begini Pula Yg Jadi,,
Baik Tidak Perlu Diberi ,
Kerana hanya menabah perencah  Sakit Ati,,,,,

Orang @ manusia mempunyai perasaan, yg .... ada perasaan yg ,,,,, p ada perasaan..mngkn sesuatu bermaindlm pikirannya ketika dia mengeluarkan waveleght of altitude around the hall with quiet lovely sound as whole hall can hear with shockly, frequencyly and another sky mind...oo....sentap ckit kot........

Dalam konteks pemikiran lain mula wujudnya satu konotatif ,  pemikiran yg bersifat perasaan n tanggapay yg wujud ( betui ka n ?))  mnkg situasi itu seperti ribut dalam cawan,,ala sedangkan lidah lagikn tergigit....inikan .........sambung,,,,,,,,, ...x pe la bnda dh nk jadi,,ak pn x taw ( klu tau x yh la ak wat elok2 ,,,cukup la sekadar bese2 je..udah,,janji lulus dan ada markah..).....
ISH2 ..jahat tol ahmad hidayat n,,,,,kutuk orng je pndai ( sedar la diri 2 pn sma..) ..ak akui semua itu,,,
Oleh itu, sempena hari raya haji yg bakal menjelang tidakl lama lagi,,,sya ingin memohon sejuta kemaafan atas ketelajuran bahasa structural dan linguistic yang kategorinya kurang ajar ckit ( betui ka n>> ??? ) ....segalanya amat2 dikesali  termasuk pagi td,ha2 .......
AK X LAYAK TERIMA SBB AK X LAYAK LA....CEH KLU TERIMA CM 2..
AK CEMBURU APABILA DAPAT..DARIPADA DDAPAT SAMAPI TAHAP GABAN N.......BEK X YAH DAPAT ,,,,AK X KESAH KLU X DAPAT...APA,,INGAT AK KEBULUQ SANGAT KA,,HADIAH 2.....LANTAK LA ,,NK BAGI ,,BAGI LA..X NK BAGI,,,UDAH,,,,,,,,,,
Walaubagaimana pun ..AKU SANGAT2 BERTERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA AKAN DIKENANG SAMPAI BILA-BILA ....ATASA NASIHATNYA SERTA BIMBINGANNYA ,,AK MAMPU SAMPAI KETAHAP CMNI (CEWAH)....WALAUPUN,,AKHIRNYA CM PG TD.....AK SANGAT2 TERHUTANG BUDI ,,HANYA ALLAH SAHAJA MAMPUS MEMBALASNYA,,AK HANYA MAMPU MENDOAKAN SEMOGA TERUS CEMERLANG DIDUNIA DAN AKHIRAT BUAT DIRINYA,,,,,DIA TETAP YG TERBAIK.....................

SEMOGA APA YANG TELAH DIAJARNYA HARAP2 DIHALALKAN SEGALANYA,,,SERTA RESTU EXAM YG BAKAL TIBA,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,AK HANYA MANUSIA BIASA ,,X TERMAMPU MENJADI YANG SEMPURNYA...............