LangKaH KehiduPaN MenDepanI CaBaRaN

Lakukan apa yang terbaik dalam hidupmu agar kamu perolehi yang terbaik daripadanya ( Allah)...sesungguhnya apa yang baik akan dibalas baik juga akhirnya............................
.........................

Wednesday, October 12, 2011

AkU KemBaLI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

:D...Alhamdulillah...Setelah lamanya aku tidak menjeguk blog <3 ini...akibat keterlupaan passworrdd jangka panjang,,,,Akhirnya entah caman hari n try2 punya cuba ...blh la plk nak masuk......


Lamanya abadnya aku x jenguk blog n...dah bersawang mcm2....penah gk aku nak tutup ja blok n...pikir2 balik syg plk...


Banyak benda sebenarnya aku nk critakan kt blog n...nMUN terlampau banyak sangat ,,,malaih la aku,,,wt habis dakwat ink keyboard ada.hahahhah2...


ok la...nnt klu adad apa2 best aku try update blogg ini..

Friday, March 4, 2011

... KenaLI MUsuH KiTa....

Lma dah ak x update natang blog n...
nek malas pn ada
to kena rajen ckt...
update la....bukan kna wet pn..hahah2..... ok
chek this out.,,,:D


Ada satu babak drama,,klu korang ingat la...kau kenal ini syaitan??????


Bagaiamana kita ingin mengenalinya,,


Nama : Iblis La’natullah
Tarikh Lahir : Sejak ia enggan sujud kepada Adam setelah diperintah
Status diri : Fasiq kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati yang lalai
Tuju arah Perjalanan : Bengkang-bengkok (tidak ada haluan)
Tempat tinggal tetap : Neraka Jahanam (tempat paling celaka)
Isteri Di Dunia : Wanita yang tidak menutup aurat
Kaum Kerabat : Semua golongan tirani (Taghut)

Modal Pusingan : Angan-angan kosong
Tempat Pertemuaan : Pasar
Musuh/saingan : Setiap orang Islam
Dalil/Hujah : Fatamorgana (maya)
Moto Kerja : Segala warna, seperti sesumpah, segala tempat yg ada warna
Kesukaan : Orang yang lalai mengingati Allah
Yang melemahkan : Melemahkannya Istightar
Lambang Koporat : Sebarang tatu
Pejabat : Tandas dan bilik air
Sifat-Sifatnya : Muzabah, mengikut angin. Menurut keperluan
Rakan Kongsinya : Golongan Munafiq
Sumber Rezeki : Harta Haram
Bilik Operasi : Tempat-tempat najis dan maksiat
Jenis Perkhidmatan : Menyuruh orang supaya mungkar dan mengalakkan kemungkaran
Arahan : Selalu mengarah manusia melakukan perkara2 yang tidak baik
Jawatan : General Manager golongan Al-Maghdhubi Alaihim dan Al-Dhavan
Tempoh Perkhidmatan : Sampai Hari kiamat
Hala Perjalanan : Jalan ke neraka
Laba Perniagaan : Habaan Manthura (masuk angin keluar asap)
Teman Sejawatan : Orang yg berdiam diri, tidak menyatakan kebenaran
Rangka Kongsi Laba : Syaitan-syaitan daripada kalangan jin dan manusia
Jenis Tunggangan : Dosa dan segala jenisnya
Kaedah Berkomunikasi : Mengumpat, mengadu domba dan mengintip
Makanan Yg Disukai : Daging org mati (Ghibah)
Yang Ditakuti : Mukmin yang bertaqwa
Yang Dibenci : Orang yg selalu mengingati Allah ( Lelaki /Perempuan)
Daya Tahan : “ Sesungguhnya tipu daya syaitan sangatlah lemah “
Perangkap : Wanita
Kegemaran : Menggoda dan menyesatkan
Cita-citanya : Supaya semua orang jadi kafir
Ajalnya : Pada waktu tertentu menjelang kiamat.
STATUS PERNIAGAAN

Tuesday, January 11, 2011

Pergi dan Kembali ................The Reds

                                          Selamat Kembali.............King Kenny................


Selamt Kembali King Kenny Daglish .......................Setelah 20 tahun meninggalkan staf kejurulatihan dan bilik persalinan serta menggantung boot di Anfield........Setelah 6 bulan berada dalam prestasi YOYO ...Pihak pengurusan Liverpool menyingkirkan pengurus sebelum ini Roy Hodgson.........Kembalinya Kenny Daglish sebagai jurulatih sementara Liverpool ,.,,,Diharap dapat memberikan sinar kebangkitan kembali buat liverpool serta the kops yang dahagakan kemenangan setiap perlawanan............Setelah menerima pelbagai cacian, makian serta tekanan ...roy terpaksa berundur lebih awal di Anfield ..ditambah keputusan yang tidak konsisten setiap perlawanan serta taktik permaianan yang hambar..........Roy juga dilabel sebagai pergurus Liverpool paling teruk dalam sejarah kelab itu..........TAnggal 9.1.2011..sehari sebelum Liverpool VS MAn U....Roy meninggalkan liverpool atas persetujuan bersama,,,,,,,,,,SErentak itu,,,Pihak pengurusan liverpool melantik terus Kenny Daglish Sebagai pengganti sementara..........Kenny Daglish adalah satu- satunya individu di liverpool yang menjulang kejuaraan liga dan kejuaraan lain untuk Liverpool sebagai pemain dan jurulatih.Maka tidak hairanlah The Kops menjerit namanya ketika di hadapan hodgson kembali melatih liverpool.........MOga- moga liverpool  dapat kenbali ke prestasi sebenar mereka,,,seterusnya dapat bermain di champions league tahun hadapan./.........




Buat Roy Hodgson ....Selamat MAju JAya.............JAsamu tetap dikenang ( liverpool 2  chelsea 0 )walaupun sempat 6 bulan bersama The kops...........Semoga berjaya di kelab atau negara lain.....Anda telah ,menjadi sebahagian daripada LIVERPOOL



                                        Selamat MAju Jaya Roy Hodgson........

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru 2011

                                                    Salam TAhun BAru .....................


Peh..lma dah aku dah x update blog ak n ..nak dekat 2 bulan....layu cm2 ja....mula2 dlu rajin update..makin lma makin malas plk..hu2./...walauapapun ak cuba gak...sekali sekala....walaupun dek kerana kekangan masa n keja lain( keja apa...tngk cm x keja pn)...Aku harap 2011 n menjanjikan sinar yang lebih gemilang..setelah pelbagai onak duri, pahit manis, suka duka 2010 dilalui dalam diari kehidupan seharian.....esok 3.1.2011...bermulalah detik sebagai pelajar @ guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Darulaman, Kedah akan melangkahkan kaki ke alam Ijazah setelah 3 semester @ 1 tahun setengah berada di alam persediaan ijazah......Tentunya apabila melangkah ke pringkat yang lebih tinggi tentunya cabaran yang mendatang juga sukar mengikut tahapnya....namun, itulah senario kehidupan sebanar dalam kamus seorang manusia...dari zaman bayi hingga dewasa dugaan yang ditempuhi berdasarkan kepada tahap kesukaran mengikut umurnya...Moga 2 di alam Ijazah dapat ditempuhi dengan penuh kesabaran serta mendapat keberkatan Illahi...........................

Sunday, October 31, 2010

HUKUM MENYAMBUT PERAYAAN HALLOWEEN



Disebalik sambutan Hari Halloween......

Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sbg All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram.


Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19. Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.

Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.

Hujjah dan Dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”(Al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.(Al-Hajj ayat 67)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.
Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.
Akhir kata
“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.”(Al-Ghafir ayat 39)

PERKONGSIAN BERSAMA....


Friday, October 29, 2010


Khas untuk semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan yang hanya tingal beberapa hari lagi,,,Semoga memperolehi Kejayaan yang gemilang ,,bukan hanya di peperiksaan ini,,juga didunia dan akhirat,,,,,,,,,,,,

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1.    Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

2.    Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

3.    Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”



4.    Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

5.    Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

PERKONGSIAN BERSAMA

Thursday, October 28, 2010

Rahsia Wudhu'

"Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini.

Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’.

Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan).

Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…

PERKONGSIAN BERSAMA.............


20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mohd fadil

BLOG CINA ISLAM